what-symbian01

PENDAHULUAN.

Sebuah KOMPUTER hanya akan berfungsi apabila wujud 2 perkara iaitu HARDWARE dan SOFTWARE. Apabila salah satu antara elemen ini mengalami kerosakan – maka tergendalalah ‘SISTEM’ komputer tersebut.
‘SYSTEM’ yang dimaksudkan adalah ‘orang tengah’ untuk menyebabkan kedua-dua elemen (hardware & software) tadi berfungsi. ‘Orang tengah’ ini dinamakan OS (Operating System) atau dalam Bahasa Melayunya ‘Sistem Operasi’.

Contoh Sistem Operasi yang popular pada komputer adalah Microsoft WINDOWS XP. Windows XP merupakan ‘polis’ yang menjaga setiap aliran keluar-masuk data, keserasian & perhubungan antara hardware-software dan pelbagai tugasan kritikal lain. Dengan itu, OS Windows XP mestilah dijaga dengan rapi. Jika ia rosak, masalah seperti ‘hang’, ‘bluescreen’, ‘tidak dapat masuk windows’, ‘tidak boleh print’ dan pelbagai masalah lain akan wujud.

Sejak dari tahun 1984 lagi, manusia telah berfikir dan telah menghasilkan beberapa OS yang universal untuk dimasukkan kepada lain-lain alat yang berkomputer. Maka terhasilah alat-alat kecil ‘berkomputer’ seperti laptop, notebook, palm-top device dan telefon bimbit.
Pada tahun 1998 lahir sebuah Sistem Operasi UNIVERSAL untuk telefon bimbit yang dikenali sebagai SYMBIAN (Symbian Operating System). OS Symbian ini dipasang terus ke dalam model-model telefon bimbit keluaran Nokia, Sony Ericsson, Samsung, LG, Motorola dan lain-lain pengeluar.
Target atau objektif penciptaan SYMBIAN adalah supaya suatu hari nanti, semua telefon bimbit tidak mengira jenama – akan berfungsi dalam satu ’sistem’, sama seperti laptop sekarang yang rata-rata berfungsi pada OS Windows XP.

SISTEM OPERASI SYMBIAN.

SYMBIAN adalah sejenis OPERATING SYSTEM (OS) yang dipasangkan ke dalam model-model telefon terpilih dan telefon Symbian adalah sejenis komputer. Ini bermaksud bukan semua telefon adalah telefon Symbian DAN Symbian tidak dipasang pada jenama NOKIA sahaja!
Sebagai contoh, ada 2 laptop berlainan jenama iaitu ACER dan COMPAQ. Anda bebas untuk membeli mana-mana jenama ini. Tetapi, sebaik anda menghidupkan laptop – jelas menunjukkan yang kedua-dua jenama DIPASANG DENGAN OS YANG SAMA IAITU WINDOWS XP.
Begitu juga keadaannya pada 2 model telefon dibawah ini, iaitu NOKIA N95 dan SAMSUNG i450. Sebaik anda menghidupkan kedua-duanya – anda akan terkejut kerana sistem menu, messaging, setting, profiles dan lain-lain adalah SAMA!. Ini berlaku kerana kedua-duanya dipasangkan dengan OS SYMBIAN. Dengan itu, secara automatik – jika anda memasang satu perisian luar kepada N95, maka ia juga boleh dipasangkan kepada G810 tadi.

System Operasi SYMBIAN telah berusia 10 tahun. Namun akibat berselindung disebalik jenama dan model telefon, maka ‘nama’ Symbian tidak begitu dikenali.
what-symbian03

KELEBIHAN SYMBIAN.

Apabila anda memiliki sebuah telefon Symbian, anda seolah-olah memegang sebuah komputer di tapak tangan. Berbanding dengan telefon lain, telefon Symbian boleh beroperasi melebihi sebuah telefon.
Dua perbezaan ketara telefon Symbian berbanding telefon biasa yang lain adalah keupayaan ‘Third-Party Software Installation’ dan ‘Multitasking’ sama seperti sebuah komputer.

‘Third-Party Software Installation’ adalah kebolehan untuk memasang perisian pengeluar lain setelah telefon dibeli. Sebagai contoh, telefon N73 tidak dibekalkan dengan perisian ‘Wordmate’ sebaik anda membelinya, TETAPI perisian ini boleh dipasangkan kepada telefon anda. Menariknya ‘Worldmate’ bukanlah dibuat atau dicipta oleh NOKIA. Untuk pemahaman yang lebih jelas, katakanlah anda memiliki sebuah laptop (dengan OS Windows XP), anda boleh memasang perisian ‘Adobe Photoshop’ kepada laptop walaupun ‘Photoshop’ bukan dikeluarkan oleh syarikat Microsoft. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘Third-Party Software Installation’.

‘Multitasking’ adalah keupayaan menjanakan (membuka) banyak perisian dalam satu keadaan. Sama seperti WINDOWS XP, telefon Symbian boleh membuka (atau menjalankan) banyak perisian dalam satu masa. Untuk pemahaman yang lebih jelas, sewaktu anda menaip satu dokumen dengan MIcrosoft Word pada komputer anda, anda juga boleh melayari internet (Internet Explorer), memainkan WINAMP, meng’edit’ foto dengan Photoshop dan membuka ‘calculator’ dalam satu masa dengan serentak. Mengapa ini terjadi? kerana OS Windows XP akan mengagihkan kuasa CPU dan RAM untuk menyokong setiap perisian yang anda buka. Dalam kes ini – 5 program telah dijalankan serentak (Word, IE, Winamp, Photoshop, Calculator) dan komputer anda masih lagi berupaya ‘melayan’ setiap keadaan tanpa sebarang masalah.
Telefon Symbian juga begitu – anda boleh membuka (atau menjalankan) banyak perisian dalam satu masa. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘Multitasking’ tadi.

Selain dari 2 keupayaan ini, banyak lagi yang boleh dilaksanakan oleh telefon Symbian. Lihat carta dibawah ini:
what-symbian02
Yang membezakan antara sebuah komputer dan telefon Symbian hanya 2 faktor iaitu ‘Meningkatkan keupayaan hardware’ dan ‘Menukar Sistem Operasi’. Ini kerana harware dan OS sebuah telefon Symbian TELAH DITENTUKAN, DIPASANG DAN DIPATERI sebelum ia terjual dipasaran. Jika RAM komputer boleh ditambah kapasitinya, RAM telefon Symbian tidak dapat berbuat demikian. Begitu juga jika anda sudah muak dengan Windows XP pada komputer anda, anda boleh menukarkannya kepada LINUX: UBUNTU – tetapi tidak pada telefon Symbian.

BUKAN SEMUA TELEFON DIPASANG DENGAN OS SYMBIAN.


Sebagaimana komputer, terdapat banyak OS dipasaran telefon. Selain Symbian – Windows Mobile, Palm OS, Apple MAC-OSX, Rim BlackBerry, Linux, Brew dan Android merupakan pesaing kepada Symbian. Apabila salah satu OS ini dipasang pada sesuatu telefon – maka telefon tersebut dikenali sebagai ‘SMARTPHONE’.
Walaupun banyak OS telefon dipasaran, SYMBIAN merupakan OS NOMBOR SATU di dunia telefon bimbit.
Kebanyakkan model-model (BUKAN SEMUA!) dari syarikat Nokia, Samsung, Sony Ericsson, Motorola dan LG dipasang dengan OS Symbian. Bagaimanapun, anda PERLU MENYEMAK model-model telefon ini pada halaman MODEL-MODEL TELEFON SYMBIAN yang berada di menu sebelah KANAN blog ini. Jika anda dapati telefon anda TIDAK BERADA dalam senarai tersebut – maka telefon anda bukanlah telefon Symbian. Senarai ini sentiasa dikemaskini oleh petugas blog ini dari masa-ke-semasa.

Selain dari 5 syarikat terkemuka tadi, syarikat-syarikat seperti Panasonic, Siemens, Sendo, Arima, Lenovo dan BenQ juga mengeluarkan telefon Symbian masing-masing.
Apabila anda menggunakan telefon Symbian, maka persoalan jenama tidaklah penting kepada anda. Lebih dari itu anda akan mula mempersoalkan tentang software/ games/ themes yang boleh dipasang untuk meningkatkan ciri-ciri telefon anda! Pengguna symbian tidak pernah merasa bosan pada telefonnya kerana terdapat beribu-ribu perisian tambahan dipasaran dan ia bertambah setiap tahun.
Selamat datang ke alam masa depan telefon – SYMBIAN OPERATING SYSTEM!

banner-anim0